Sunday 23 October 2011

Rumah Api Muka Head

Ni last entry untuk rumah api kat Penang...ianya terletak di Teluk Bahang...rumah api ini adalah yang paling sukar untuk sampai berbanding rumah api yang lagi 2 tu...ada 2 jalan untuk sampai ke sini...melalui jalan hutan atau melalui laut...kalau mengikut jalan hutan,ianya bermula dari Taman Negara Pulau Pinang...perlu berjalan kaki selama setengah jam untuk sampai ke kaki bukit dan setengah jam lagi untuk panjat bukit...kalau melalui jalan laut pula cepat sikit sampai kat kaki bukit malah kurang sikit penat sebab naik bot tak payah jalan kaki,huhu...kami mengikut jalan laut...seperti biasa,merepek panjang-panjang bosan gak,so kita tengok gambar:)
Dalam perjalanan leh nampak USM
Teluk Bahang,rumah api kat atas bukit nih
Denai jalan naik bukit
Checkpoint terakhir,ketinggian 226m 
Rumah Api Muka Head
Dari dalam menara
Lampu utama
Pemandangan dari atas menara
 Rumah api ini dibina sekitar tahun 1883...jarak mendaki bukit ini ialah 1233m,ketinggiannya pula ialah 226m...pada waktu malam cahaya lampu boleh dilihat sehingga 25batu nautika...seperti rumah api yang lain,ianya juga mempunyai seorang penjaga rumah api dan seorang guard...shif ditukar seminggu sekali...kalau di Pulau Rimau hanya berdua,disini juga hanya mereka berdua...kedudukan rumah api ini sangat jauh dari orang ramai...

Tempat ini boleh dilawati oleh sesiapa sahaja...sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin berekreasi memandangkan ia masih di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang...

p/s : aku pernah panjat Bukit Larut(Maxwell Hill)...ketinggian 1.3km,jarak perjalanan untuk mendaki 12km...aku dan kawan2 naik pukul 8.30am sampai atas pukul 4.00pm..:) 

Tuesday 18 October 2011

Rumah Api Fort Cornwallis

Selepas Pulau Rimau,aku dan beberapa pegawai jabatan pergi buat penyelenggaraan kat sini pulak...sebut betul-betul ye,'Fort Cornwallis' bukan 'Pop Corn'...masa mula-mula aku dengar pun ingat 'pop corn',haha...rumah api ini terletak di bandaraya Georgetown,dekat je dengan tempat Star Cruise selalu berlabuh tu...cakap banyak-banyak bosan gak,so kita tengok gambar...:)

Nak sampai atas kena panjat tangga
1.Gen Set 2.Tong Gas 3.Meter Gas 4.Gen Set...semua ni yang dah tak pakai
Kombinasi gambar tangga untuk naik keatas
Kerja-kerja penyelenggaraan lampu backup(atas) & lampu utama(bawah)
Panel solar
Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat dari atas
 Apa yang menarik tentang rumah api ini ialah ia diperbuat daripada kerangka besi bewarna putih setinggi 21m...ia dibina sekitar tahun 1882...maknanya dah 129 tahun...orang yang paling tua di dunia umur berapa eh?...semasa jajahan British ia dikenali sebagai Fort Point Lighthouse sebelum ia ditukar kepada Penang Harbour Lighthouse...kini ia dikenali sebagai Rumah Api Fort Cornwallis...

Ia dijaga oleh penjaga rumah api dan seorang guard...berbeza dengan Pulau Rimau disini dekat dengan orang ramai...

p/s: Pekerja di Pulau Rimau mesti jeles ngan pekerja kat sini...:D 



Monday 17 October 2011

Rumah Api Pulau Rimau

Aku mendapat pengalaman untuk menyelenggara rumah api ini semasa praktikal di Jabatan Laut...ia merupakan antara 3 rumah api yang terdapat di Pulau Pinang...untuk ke situ,aku dan beberapa pegawai jabatan menaiki bot kira-kira 20minit dari Jeti Batu Uban milik jabatan...tiada jalan darat melainkan dengan hanya menaiki bot untuk ke situ...masa tu macam nak hujan tapi alhamdulillah tak hujan...dapat la aku merasa pengalaman pergi ke sana yang tak semua orang berpeluang...
1. Kapten test drive bot yang bakal dinaiki
2. Dalam perjalanan macam nak hujan lebat
3. Dah sampai






4. Naik tangga tak 10minit untuk sampai atas
6. Rumah Api Pulau Rimau
7. Periksa keadaan bateri
8. Sistem solar
7. Gen set lama.Sekarang dah pakai sistem solar

9. Lampu utama
10. Lampu 'backup'
11. Pemandangan dari atas menara
Setelah sampai,kami disambut oleh penjaga rumah api dan guard di situ...pulau ini agak besar,lebih kurang sebesar 5 buah padang bola...hanya 2 orang penghuni sahaja di sini iaitu penjaga rumah api dan seorang guard...seminggu sekali shift pekerja akan ditukar...semuanya di selia oleh jabatan...makanan seperti beras dan sebagainya akan dihantar seminggu sekali ketika pertukaran shift dibuat...mengikut cerita penjaga rumah api dan guard di situ,memang banyak perkara pelik berlaku,maklumlah hanya mereka berdua di situ,di sebuah pulau di tengah-tengah laut yang jauh dari orang ramai...menurut mereka lagi yang penting mulut jangan celupar dan ingat Allah selalu...

Nak cerita sikit mengenai sistem rumah api nih...dulu lampu menggunakan sumber elektrik yang dijana oleh generator...sistem ini agak menelan kos yang banyak kerana bahan bakar banyak digunakan...sekarang ini bateri digunakan dan akan dicas secara automatik oleh sistem solar...rumah api ini mempunyai 2 lampu iaitu lampu utama dan lampu 'backup' yang berfungsi jika lampu utama tidak menyala...cahaya lampu ini boleh dilihat sehingga jarak 10batu... 

Selesai kerja-kerja penyelenggaraan...kami bersiap-siap untuk pulang...sebelum itu kami bersalam-salaman bersama penjaga rumah api dan guard...melihat wajah mereka ada sedikit terpancar kesedihan maklumlah mereka akan kembali akan tinggal berdua...

Seharian berada di pulau itu merupakan pengalaman yang sangat berharga bagiku...ilmu dan pengetahuan itu adalah baru bagiku...sekian saja entry kali ini...bye2... 

Saturday 15 October 2011

Knock Nevis Kapal Terbesar & Terpanjang Di Dunia?

Knock Nevis kapal terpanjang & terbesar?...panjang kapal ni 458m, lebar 69m & tinggi 30m...mengikut rekod ia merupakan sebuah kapal yang paling panjang pernah dibina...ada lagi panjang dari kapal ini iaitu hampir 600m tapi kapal itu digunakan sebagai tempat penyimpanan sahaja bukan untuk pelayaran...

Sebenarnya, bahtera Nabi Nuh A.S yang paling besar, bukan Knock Nevis!...adalah satu perkara biasa sejarah Islam banyak digelapkan oleh sejarah Barat...menurut lecturer aku, panjang kapal Nabi Nuh ialah 900m, lebar 300m & tinggi tak pasti tapi mempunyai 3 tingkat...dah macam sebuah pulau beb!...bahtera ini bentuknya seperti kotak kasut...tingkat yang bawah sekali dihuni oleh haiwan-haiwan ternakan dan haiwan-haiwan liar...tingkat yang ke-2 iaitu di tengah dihuni oleh manusia...tingkat yang paling atas untuk spesis-spesis burung...kesemua haiwan dan burung yang dibawa berpasangan...baginda juga membawa spesis-spesis tumbuhan terpilih...Nabi Nuh menggunakan sebanyak 124,000 keping papan dan setiap keping papan ditulis nama nabi-nabi dari Adam A.S hinggalah Muhammad SAW...>jumlah kesemua nabi dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad ialah 124,000<...berat kesemua muatan lebih kurang 24,300tan!...malaikat Jibril lah yang mengajar Nabi Nuh untuk membina bahtera tersebut...
Gambaran Bahtera Nabi Nuh
Di dalam Al-Quran bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi...ada mengatakan Gunung Ararat,Turki ialah Bukit Judi tapi kepastiannya diragui...menurut seorang pengkaji, bahtera ini dibina di Shuruppak iaitu sebuah bandar terletak di selatan Iraq...menurut pengkaji itu lagi, bahtera ini belayar sejauh 520batu sebelum terdampar di Bukit Judi...
Gunung Ararat Yang Dikatakan Bukit Judi
Kesimpulannya, bahtera Nabi Nuh adalah yang terbesar dan terpanjang di dunia...ia juga merupakan kapal pertama dibina di dunia...

Socrates, Plato & Aristotle

Ketiga-tiga merupakan tokoh falsafah terbesar dalam sejarah tamadun Yunani purba...Plato(427 SM - 347 SM) merupakan anak murid kepada Socrates(470 SM - 399 SM) dan Aristotle(384 SM - 322 SM)  merupakan anak murid kepada Plato...

Kewujudan Socrates diragui tetapi melalui catatan Plato, Socrates memang wujud malah sebagai gurunya...wujud pula pendapat yang mengatakan Socrates itu  ialah Luqman Al-Hakim tetapi bukti-bukti yang ada tidak dapat mengukuhkan pendapat itu...Socrates tidak pernah menuliskan catatan mengenai falsafahnya...jadi rujukan hanya diperoleh dari anak-anak muridnya terutamanya Plato...Socrates akhirnya mati akibat dihukum bunuh dengan meminum racun pada usia 70 tahun...beliau dihukum bunuh oleh kerajaan Athens kerana menyebarkan ajaran 'tuhan yang satu'...
Socrates
Pemikiran Plato banyak dipengaruhi oleh Socrates...berbanding gurunya, Plato ada meninggalkan karyanya sendiri antara yang teragung ialah 'Republik' yang bermaksud negeri...hampir semua karyanya ditulis dalam bentuk dialog...Plato meninggal ketika dia sedang menulis...
Plato
Aristotle merupakan guru peribadi kepada Alexander The Great...dia menuntut hampir semua ilmu yang ada pada zamannya...dia menjadi anak murid Plato pada umur 17tahun...kebanyakan karyanya ditulis dalam bentuk teks syarahan...Aristotle meninggal tak lama selepas kejatuhan kerajaan yang dipimpin oleh Alexander The Great...
Aristotle
 p/s : Muka ketiga orang nih cam lebih kurang sama...

Thursday 13 October 2011

Zulkarnain, Alexander dan Cyrus...

Pendapat yang paling popular mengatakan bahawa Alexander(Iskandar) dan Zulkarnain adalah orang yang sama...tapi pendapat itu tidak boleh dipakai memandangkan ciri-ciri peribadi keduanya amat berbeza sekali...para sejarawan Islam lebih cenderung mengatakan bahawa Zulkarnain adalah Cyrus tapi sejarah kehidupan mereka juga berbeza...dibawah sedikit sejarah hidup ketiga-tiga tokoh ini...

NABI ZULKARNAIN
Zulkarnain bermaksud 'Dia yang bertanduk dua'...sesetengah pihak berpendapat baginda dipanggil dengan gelaran 'Zulkarnain' kerana baginda mencapai dua 'tanduk' matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam...kisah baginda diceritakan dalam Al-Quran surah Al-Kahfi...bagindalah yang membina tembok Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat...baginda pernah hidup sezaman dengan Nabi Khidir yang dikatakan masih hidup sampai sekarang...Nabi Khidir juga pernah berjumpa dengan Nabi Musa dan Nabi Muhammad...wallahualam...

ALEXANDER THE GREAT
Alexander atau Iskandar berasal dari Marcedonia...anak kepada Raja Philip II dan Puteri Olympias...beliau menaiki takhta kerajaan setelah ayahnya dibunuh pada umur 20 tahun dan meninggal pada umur 33 tahun(356 SM - 323 SM),jadi selama lebih kurang 12 tahun je die memerintah dah dapat menguasai hampir seluruh dunia...Aristotle guru peribadi beliau...beliau bukan beragama Islam,seorang homoseks dan suka berparti sambil minum arak...jadi sangat berbeza dengan Nabi Zulkarnain...
Alexander The Great
CYRUS THE GREAT
Raja Cyrus (600 SM atau 576 - 530 SM atau 529 SM) merupakan pengasas kepada Empayar Parsi...baginda juga memerintah hampir seluruh dunia selama 30 tahun...baginda juga dikatakan beragama Islam tapi tidak dapat diketahui kesahihannya...

Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini adalah individu yang berbeza memandangkan sejarah hidup mereka yang sangat berbeza...dalam sejarah mencatatkan 4 orang raja yang pernah memerintah hampir seluruh dunia iaitu Nabi Zulkarnain, Alexander The Great, Cyrus The Great dan Nabi Sulaiman...Nabi Sulaiman tidak hanya memerintah manusia bahkan juga memerintah golongan jin dan haiwan...

Ori atau A.P?..

"Ori atau A.P sama saja maa,yang beza cuma warranty",ni antara ayat bila kita tanya tokey kedai jual handphone...betul ke yang beza cuma warranty?...beza harga handphone ori ngan A.P hampir separuh,takkan beza cuma warranty ja kot?...jawapannya tak!...handphone ori dikilang dan dipasangkan di negara asal handphone tersebut dikeluarkan...contohnya,Nokia dikilangkan di Finland dan Sony Ericsson di England...jadi handphone ori dikilang dan dipasang di sana sebelum sampai ke negara ini...handphone A.P pula dipasang di negara ini tapi komponen masih yang ori dari negara asal...jadi bila dipasang kat negara ini,macam-macam masalah timbul...handphone kerap rosak sana-sini...warranty yang A.P pulak hanya boleh diguna di kedai yang kita beli,handphone ori boleh diguna di mana-mana kedai malah lebih panjang tempoh warrantynya...

Dibawah adalah senarai jenama dan nama pengedar handphone ori... 
- Nokia = Zitron, Avaxx and i-Mobile.
- Sony Ericsson = T-Choice, Grandtech, Midlands and Thorus.
- Samsung = First Mobile Group(FMG). 
- Motorola = Satellite Technics, Zitron and MDM.
- Siemens = Zitron and FMG.
- Panasonic's = Zitron.
- LG's = Zitron.

Kalau nak lagi kepastian handphone tu ori atau tak,dibawah ini cara-caranya...
- Taip kat handphone *#06#
- Pastu akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
- Semak nombor IMEI handphone di kedudukan 7 dan 8
- Contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....*kalau contoh ni no IMEI adalah 01
- Untuk semak ori atau tak handphone tu...dibawah ini skalanya...
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH 

Sekarang ni zaman telefon pintar...nanti kalau aku dah mampu pakai,aku cerita pulak pasal tu...TQ! 

p/s : kalau nak beli handphone RM500 keatas,eloklah beli yang ori...kalau bawah RM500 takpe la A.P pun... 


  

Aku & Real Madrid C.F..

Sejarah bagaimana aku boleh minat Real Madrid C.F...kenal Ronaldo Nazario de Lima?dia ni Ronaldo Brazil,bukan Cristiano Ronaldo tu ye...aku minat dia dari tahun 2000...masa tu aku darjah 4...semasa Piala Dunia 2002 aku dapat tengok dia main live kat tv...memang tak miss la game Brazil sebab nak tengok dia main...selepas Piala Dunia 2002 tamat,baru aku tau yang Ronaldo ni main di kelab RM...walaupun aku terlebih dahulu mengenali kelab-kelab England tapi ternyata Real Madrid lebih menarik perhatian dan secara rasminya menjadi peminat setia RM...aku mula untuk mengenali RM dengan lebih dekat,tak sangka rupanya RM mempunyai ramai pemain bintang,bukan saja Ronaldo,ramai lagi rupanya!...antara bintang lain pada masa tu ialah Zinedine Zidane,Roberto Carlos,David Beckham,Raul Gonzalez dan Luis Figo...

Real Madrid C.F juga dikenali sebagai Los Blancos,Los Galacticos atau Los Merengues merupakan kelab yang berpengkalan di Madrid...Diasaskan dalam tahun 1902,bermain di La Liga dan merupakan kelab paling berjaya dalam abad ke-20,sudah memenagi 31 gelaran La Liga, 18 gelaran Copa del Rey,9 gelaran Liga Juara Juara Eropah dan piala-piala lain...Real Madrid Castilla adalah nama untuk skuad pelapis.kalau di Malaysia,sama la dengan skuad Piala Presiden tu...

Stadium rasmi untuk kelab ini ialah Santiago Bernabeu berkapasiti 85,454 orang penonton dan maksimum kapasiti sebenarnya boleh memuatkan penonton seramai 100,000 orang...
Estadio Santiago Bernabeu
Valdebebas adalah nama bagi kem latihan Real Madrid...Valdebebas terdiri daripada gimnasium,padang latihan,pusat perubatan dan pelbagai kemudahan lain...
Valdebebas
Real Madrid meneruskan tradisi mempunyai pemain bintang dari dulu sampai sekarang...pada tahun 2009,akhirnya Kaka mengikat kontrak dengan RM setelah pelbagai spekulasi mengenai perpindahannya ke RM beberapa tahun sebelum itu...semasa acara untuk memperkenalkan Kaka,seramai lebih 40,000 orang hadir ke stadium...pada tahun yang sama juga Cristiano Ronaldo tiba di RM... semasa acara untuk memperkenalkan CR,seramai lebih 80,000 orang hadir di stadium!...mengatasi rekod dunia Diego Maradona semasa dia berpindah dari Barca ke Napoli iaitu seramai 75,000 orang.untuk memperkenalkan seorang pemain je dah 80,000 orang,macam nak tengok match beb!...takda mana-mana kelab lain yang boleh buat macam tu...CR juga mencipta rekod sebagai pemain termahal dunia iaitu 80 juta pound...

Ricardo Kaka,Christiano Ronaldo dan Iker Casillas pemain yang paling aku minat dalam skuad RM...berbanding dengan CR dan Casillas,aku lagi minat Kaka...aku sebenarnya minat Kaka semasa dia kat AC Milan lagi...CR pulak,masa dia kt MU aku benci,bila dah datang Real aku la antara peminat dia,hahaha...Casillas,seorang yang kapten sangat berpengaruh baik di RM mahupun dalam skuad kebangsaan Sepanyol...pengaruh beliau mengatasi Raul Gonzalez,Puyol dan Xavi...
Christiano Ronaldo, Ricardo Kaka and Iker Casillas
Ronaldo Nazario de Lima
Dan semestinya Ronaldo Nazario de Lima!...bagi aku,dia pemain terbaik dunia sepanjang zaman...


p/s : nama pena aku El-Real Mimque,lebih kurang sama ngan Real Madrid...:)



Tuesday 4 October 2011

->Buoy<-

Apa benda nih?...ha,'buoy' atau dalam bahasa melayunya lebih dikenali sebagai 'boya' digunakan untuk 'navigational','mooring' and 'fishing'...aku mendapat pengalaman untuk memasang 'buoy' semasa INTRA di jabatan laut,penang...

 'buoy' yang dikendalikan oleh Jabatan Laut kebanyakannya adalah jenis '
navigational'...fungsi navigational buoy ini adalah sebagai panduan kepada kapal,bot dan feri semasa melalui 'channel'...channel adalah laluan di laut yang berhampiran dengan pelabuhan.tengah2 laut takde channel.senang cita 'channel' ni diibaratkan seperti jalan laut.tujuan adanya 'channel' adalah untuk mengelakkan kapal2 bertembung sesama sendiri...

buoy yang berwarna merah untuk starboard(kanan) dan yang berwarna hijau untuk port(kiri)...kapal2 akan melalui ditengah-tengah antara keduanya mengikut panduan warna yang diceritakan tadi...malam boleh nampak ke?kalau malam ada lampu menyala kat buoy tu,jugak warna yang sama...sumber tenaga adalah dari bateri(sama saiz dengan bateri kereta)...bateri itu dicas dengan menggunakan sistem solar(cahaya matahari)...


Ni adalah buoy..rasanya semua orang pernah tengok kan?
Gambar dari dekat...yang konkrit petak tu adalah pemberat.
Yang diatas ni gambar dari dekat...sebelum aku terlibat dengan kerja2 pemasangan buoy nih,aku ingat benda ni kecik ja,tapi bila dah tengok dekat2,besarnya!...aku tanya pegawai,berapa berat benda nih...pegawai cakap,'ko try tolak dulu,kalau bergerak sikit ja,kapal ni aku bagi kat ko'.haha!aku gelak besar...pastu aku pun try la tolak,tak bergerak!pastu baru pegawai bagitau yang berat buoy nih 2 tan!(bersamaan dengan 2 buah lori pasir yang kecil)...yang konkrit bentuk 4 segi tu pulak adalah pemberatnya,3 tan!

Warna kuning tu kren untuk mengangkat buoy dan pemberat tadi.
Semasa pemberat diturunkan.
Pemberat diturunkan,rantai disambungkan terlebih dahulu yang berfungsi sebagai pengikat kepada buoy..semasa kren ni mengangkat pemberat ni ketepi,kapal jadi senget!yang aku risau takut tenggelam ja kapal,haha..tapi pegawai cakap selama dia keja kat situ tak pernah lagi kapal tenggelam...

Semasa buoy diturunkan.
Giliran buoy pulak untuk diturunkan...pemberat dan buoy disambungkan dengan rantai mengikut kedalam air laut dikawasan tersebut,kedalaman air dapat dikenal pasti melalui radar yang dikendalikan oleh kapten...setelah itu selesai sudah pemasangan buoy...TQ!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...