Saturday 28 January 2012

Aku lihat sendiri kebenaran ayat Al-Quran...

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku tengok air sungai dan air laut memang tak bercampur...kejadian ni berlaku lebih sebulan yang lepas...kapal aku berhenti berhampiran perairan Port Klang...jadi aku ambil kesempatan ni untuk turun ke darat sebentar untuk jalan-jalan pastu nak beli barang apa yang patut...

Untuk ke darat perlu menaiki bot kira-kira 20 minit...dalam perjalanan aku terpandang satu jalur air seakan-akan sungai yang warnanya coklat kekuningan macam air sungai...jalur ni datangnya dari sebuah pulau...aku tak pasti pulau apa sebab banyak pulau kat kawasan nih...aku teringat dulu ustaz pernah cita yang air laut dengan air sungai takkan bercampur...masyaAllah, tanpa sedar menitis air mataku!...tak sangka baru sekarang aku boleh tengok sendiri yang air sungai dengan air laut tak bercampur...

Kejadian yang kedua ni buat aku betul-betul pasti yang mata aku tidak silap...ini berlaku petang semalam...kapal aku berhenti lagi berhampiran Port Klang...seperti biasa aku berehat-rehat seketika lepas abis duty sambil tengok laut...tiba-tiba aku ternampak lagi jalur seakan-akan sungai seperti kejadian yang lepas...kali ni aku sempat ambil gambar...
Ni la gambar yang sempat aku ambil. Untuk pengetahuan, ni bukan jalur air dari propeller.
Kapal aku anchor/berhenti masa nih.
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ # بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ
"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tak dapat dilampaui oleh masing-masing." (Ar-Rahman : 19-20)

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al-Furqan : 53)

p/s : antara lautan juga terdapat garis pemisah yang membuatkan tidak bercampur antara satu sama lain...masyaAllah..

Wednesday 18 January 2012

Kembali menjadi Ahli Silap Mata...

Boleh dikatakan selalu jugak la aku main daun terup atas kapal nih...tapi bukan berjudi ye, main kosong-kosong je ngan krew lain...kalau tak main pun tengok orang main...bila dah tiap-tiap hari camni, aku dah mula bosan...sebenarnya aku taknak tunjuk kat diorang yang aku pandai buat silap mata, tapi dah bosan sangat...akhirnya, 'aku kembali menjadi ahli silap mata'...aku mula menunjukkan skil silap mata aku satu-persatu...diorang suma kagum, itu merupakan satu kepuasan bagi seorang magician...
Contoh daun terup
Aku mula berjinak-jinak dengan dunia silap mata ketika di tingkatan 5...adik aku yang mula-mula mencetuskan minat nih, pastu kami sama-sama belajar asas silap mata untuk daun terup...kami kembangkan silap mata dengan hasil idea sendiri...kalau dah belajar asas, kita boleh buat magic sendiri yang hebat-hebat...bergantung pada kreativiti jugak la...

Aku banyak mendapat inspirasi dari David Blaine, magician US...selain itu ada sedikit juga inspirasi dari magician Malaysia yang terkenal iaitu Shahril (Fuyoo Magic) dan Ezad (Magix)...dari Jepun, Cyril Takayama...bila ada ja rancangan magic diorang aku tak lepaskan peluang untuk tengok...dari situ aku meniru magic tang dibuat tapi dengan kaedah sendiri...aku kembangkan lagi magic dengan membuat 'sistem barter' dengan kawan-kawan yang pandai buat magic...maksudnya, dia ajar magic yang aku taktau, aku ajar magic yang dia taktau...

Aku mula buat 'show' masa di tingkatan 5 iaitu kat kawan-kawan aku...aku ingat lagi, kat cikgu pun aku pernah tunjuk magic,huhu...ada banyak 'show' yang aku anggap terbaik...antaranya di sekolah SMKDHH, aku pindah ke sekolah ni sebelum SPM bermula...lepas SPM aku diterima masuk PLKN...di sini aku rasa paling terbaik antara 'show' aku pernah buat...tambah lagi ada sorang kawan aku kat sini pandai buat jugak...

Antara lain ialah 'show' kat kawan-kawan aku seuniversiti...3 tahun aku di universiti, last sem baru aku tunjukkan bakat yang terpendam...aku sebenarnya dah malas nak jadi magician, tapi masa tu aku ngan kawan-kawan pi camping kat Pulau Pangkor, diorang bawak pulak daun terup...tak tahan, akhirnya aku tunjuk la magic aku...

Yang ni aku rasa paling puas hati...aku dengan adik jalan-jalan di uptown KL...tiba-tiba ternampak satu kedai magic...bro kedai magic tu tengah tunjuk skill dia kat penonton...aku dengan adik suruh bro tu tunjuk satu magic kat kami, lepas dia buat, adik aku minta daun terup tersebut untuk tengok...bro tu terus simpan, haha, nampak sangat tu bukan daun terup biasa...kemudian kami minta daun terup biasa...aku tunjuk magic aku yang  yang terbaik kat bro tu, aku tahu dia kagum tapi dia buat-buat cool...yala, takkan kalah ngan magician amateur cam aku kot?huhu...aku guna daun terup biasa beb, tadi dia buat magic guna daun terup khas...
p/s : malas aktif cam dulu lagi dah...tapi bila orang kagum, itu aku rasa cukup dihargai n rasa bersemangat balik nak buat magic :)

Tuesday 10 January 2012

Bersama MT Arowana Barcelona...

11.11.2011 aku sign-on kat kapal nih...cantik kan tarikh aku sign-on?huhu...cita-cita aku hampir tercapai iaitu nak dapatkan 3rs class COC...itu dah dikira sebagai satu kejayaan bagi aku...tapi tak semudah itu untuk aku mencapainya...hari pertama aku kat sini dah rasa nak balik...aku dihantar ke kapal ni dengan menaiki bot milik syarikat...bila naik ja atas kapal aku jadi sedikit 'culture shock'...aku ingat semuanya orang Malaysia, rupanya hanya sorang ja crew Malaysia,yang lain Indonesia ngan Myanmar...habis la aku...

Semuanya 13 crew...kapten orang indonesia, chief officer myanmar, chief engineer indonesia...2nd officer myanmar, 2nd engineer myanmar, 3rd engineer indonesia...bosun indonesia...AB 3 orang, 2 indonesia sorang lagi malaysia...oiler myanmar...aku kadet, orang malaysia,hihi...chef indonesia...

Kapal ni bagi aku agak besar, 89m panjang, 13m lebar...ni kapal tanker yang hanta minyak untuk kapal-kapal...istilahnya 'bunker'...tahun 1982 kapal ini dibuat...boleh bayang tak camna?...ada saja yang rosak...belum siap yang ni, yang lain pulak rosak,adoit...nanti entry yang lain aku cerita :D...
Ni la gambar kapal yang aku 'cintai'
p/s : doa-doa la aku leh bertahan kat kapal ni sekurang-kurangnya 6 bulan...:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...