Wednesday 29 February 2012

Waktu Malam Lebih Tenang Dilingkari Cahaya Tahajjud...

Dari Ubadah bin Shamit r.a. dari Rasulullah s.a.w. :
"Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap 'Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada Tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah'. Kemudian mengatakan 'Ya Allah Ampunkan Kami' atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima."
(Riwayat Al-Bukhari)
Diantara Fadhilatnya :
>Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya<
>Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin<
 >Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana<
>Dimudahkan hisab ke atasnya<
>Mendapat catatan amal dari tangan kanan<
 >Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT<

Doa Yang Disarankan :
"Ya Allah, bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji, Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi, Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah hak dan firmanMu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar, dan Nabi Muhammad saw adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepadaMulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

p/s : wahai sahabat, buat la solat nih alang-alang bangun tengah malam nak tengok bola. Paling terbaik malam jumaat...:)  

Tuesday 28 February 2012

Waktu Pagi Lebih Indah Disinari Nikmat Dhuha...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 
"Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat dhuha." (Riwayat Abu Dzar)
Nikmat Solat Sunat Dhuha :
 >Tidak termasuk golongan yang lalai<
>Seolah-olah seluruh anggota melakukakan kebaikan<
>Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha<
>Dimurahkan rezeki<
>Dipelihara oleh Allah s.w.t.<
>Dihapuskan dosa<

Doa yang disarankan :
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

p/s : pesan untuk diri sendiri jugak nih...:)


Thursday 23 February 2012

Ada Apa Dengan Hati...???

Monolog Hati...

Percikan air membasah ke pipi...dia membiarkan pipinya sejuk dijamah dingin air terjun...Subhanallah damai sungguh berada di puncak...di temani suara alam dan unggas tingkah-meningkah...pandangan matanya segar melihat kehijauan ciptaan Allah...ciptaan Allah yang tiada tandingnya...kejadian alam yang penuh dengan kesempurnaan dan keindahan buat titipan bagi insan yang ingin merenung dan berfikir...

Matanya merenung tajam tujahan air terjun yang deras menjunam...airnya yang deras menghasilkan percikan yang kuat...dia yang duduk di tepian turut terasa tempiasnya...dia melihat batu-batan yang ada di situ...ada yang besar dan kecil...pelbagai warna dan corak menarik...
Fikirannya tiba-tiba terfikir tentang hati...melihat tanah dan batuan di situ menggamit ingatannya tentang soal itu...hati, seketul daging yang dibekalkan Allah kepada manusia sebagai raja bagi segala anggota...tempat letaknya iman dan takwa...tempat bersarang cinta Ilahi...hati yang tertarik kepada Allah akan selalu ingat kepada-Nya...hati yang dipenuhi noda akan tertarik pada bisikan syaitan...hati yang mati tertutup untuk ingat pada-Nya...
Hati yang menerima cahaya dan petunjuk Ilahi umpama tanah yang lembut dan mampu menyerap air...tanah yang boleh menakung air, dapat memberi manfaat kepada orang lain di sekitarnya...namun tanah yang keras tidak mampu menyerap cahaya hidayah...ia umpama hati yang sengaja ditutup daripada kebenaran iaitu hati orang yang kafir yang keras seperti batu atau lebih keras daripada itu...

Dia tidak ingin hatinya mati kerana dia tahu insan begitu umpama memiliki jasad yang tiada roh...jasad yang tiada roh sudah tiada ertinya lagi...hatinya perlu dipugar, digilap dan dibajai dengan cahaya iman...cahaya iman penyuluh hati yang mati...

p/s : credit to GenQ...:)

Sunday 19 February 2012

Mencapai CINTA Dalam Cita-cita...

'Cinta dalam Cita-cita',tajuk cam gempak ja,haha...cinta yang dimaksudkan disini bukan cinta sesama manusia tapi cinta dalam cita-cita...paham kot?hihi...biasanya cita-cita seseorang akan tetap bila dah berumur 16 tahun iaitu form 4...sebabnya,masa tu suma dah dibahagikan kepada bidang-bidang yang khusus mengikut kelayakan berpandukan kepada result PMR...aku ingat lagi semasa zaman sekolah rendah...bila nampak postmen lalu depan rumah macam best ja,cita-cita tukar nak jadi postmen...pastu tengok cita perang dalam tv,tukar pulak nak jadi tentera...camtu la sampai la aku darjah 6,huhu...

Semasa form 1 aku dah mula rasa matured sikit *perasan...cita-cita aku yang baru ialah Paranormal Scientist!...cita-cita ni diteruskan sampai la ke form 4...aku sangat minat ngan bidang nih...buat kajian,amik gambar dalam gelap,rakam video...ala-ala Seekers,hihi...

Semasa form 5 aku mula tercari-cari cita-cita yang boleh aku capai...kalau paranormal scientist ni macam susah ja sebab aku ni bukannya pandai sangat...nak jadi scientist kena belaja tinggi-tinggi...bila dah form 5,maka banyak la join seminar-seminar kerjaya...masa tu baru la terbukak sikit minda dengan dunia pekerjaan...semacam satu ilham datang,aku rasa aku patut jadi Marine Engineer!

Sekarang cita-cita aku dah hampir tercapai tapi masih jauh lagi perjalanan...harap-harap semuanya berjalan lancar,insyaAllah...baru seminggu kat darat,aku dah mula rindu nak naik kapal balik...kadang-kadang mati akal taktau nak buat apa kat rumah...inilah dinamakan CINTA!...walaupun kerja kapal ni sangat berat tapi ia merupakan satu kepuasan bila adanya CINTA...aku teringat perumpamaan yang bunyinya camni,'Once Mariner,Always Mariner'...:)
Tuan blog yang bajet :D
p/s : mental n fizikal kena kuat...paling penting mental sebab kekuatan fizikal takda makna tanpa kekuatan mental...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...