Ini merupakan
kali ke-2 aku ke sini...kali pertama dulu masa
lepas Spm ngan kawan-kawan...mendaki dari bawah sampai la ketinggian
1036m dari aras laut dengan jarak perjalanan lebih dari 10km...
pukul 9.00 am kami naik,sampai atas pukul 4.30 pm. 7jam30minit!..nak turun balik naik jip, kaki memang dah tak larat...tu pun belom lagi sampai puncak...
perjalanan ke puncak dari situ lebih kurang 3km lagi...puncaknya ialah tempat
pemancar telekom...kalau malam-malam boleh nampak dari bawah cahaya dari menara, itulah puncaknya...hairan aku ada yang cakap mendaki tak sampai 2 jam, ada yang cakap 2 jam...rasanya diorang tak sampai puncak lagi tu...bayangkan naik
jip nak sampai ke aras 1036m jarak perjalanan 10km pun dah
45minit ni pulak yang mendaki...maknanya kelajuan diorang hampir sama dengan jip, ehh??

 |
Menunggu ketibaan jip |
Kali ke2 aku datang sini bersama keluarga...kami
menaiki jip untuk ke ke tempat penginapan...perjalanan mengambil masa
45minit...tempat penginapan ala-ala cam dalam cita
Im Not Single baq hang...
 |
Pemandangan di dalam dan sekitar tempat penginapan |
Check-in tengah hari, petang tu kami bersiap-siap untuk hiking ke puncak dengan jarak perjalanan lebih kurang 3km...
kawasan tempat penginapan, cafe dan sebagainya di aras 10km jarak perjalanan...maknanya
jarak keseluruhan lebih dari 13km...kalau merentas desa masa sekolah dulu, track lelaki tambah track perempuan sama jaraknya...
 |
Gambar-gambar semasa mendaki |
Dalam perjalanan tak jumpa seorang pun manusia...maklumlah dah agak petang...kami mula mendaki pukul 4 pm...biasa pagi-pagi ramai la orang...di beberapa kawasan kabus memang tebal dan jarak penglihatan agak terhad...ada beberapa kawasan tertentu rasa macam hari hujan yang sebenarnya effect dari kabus...bila nampak kabus agak tebal, kami hampir berpatah balik tapi 'rasa ingin tahu' apa yang ada di puncak, kami teruskan jugak perjalanan...hairan jugak di beberapa kawasan daun-daun kering bertaburan seperti orang jarang lalu di kawsan tersebut...risau jugak kalau ada binatang buas dan 'benda tersebut'...
 |
Lagi gambar-gambar semasa mendaki |
Esoknya semasa nak balik rumah kami menaiki jip untuk turun...ayah cerita la kat pakcik jip tersebut yang kami mendaki sampai ke menara telekom semalam...sekali lagi, dia pun macam agak terkejut...baru kami tahu kenapa pakcik telekom dengan pakcik jip ni agak terkejut...menurut beliau memang jarang ada orang naik sampai ke atas, biasanya sampai aras tempat penginapan kami tu ja...menurut dia lagi memang di kawasan tertentu kabus sangat tebal dan di situ kawasannnya agak 'keras'...pernah pekerja telekom meninggal kerana jip yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung...begitulah cerita menurut pakcik tersebut...patut la semasa perjalanan tak nampak walau sorang pun...masa kat atas semalam pakcik telekom mungkin tidak menceritakan kepada kami takot jadi apa-apa...yalah benda-benda camni kalau dah tau baru nak jadi...
Siyezly ni memang
tempat yang menarik untuk bercuti...pemandangan di sini ala-ala 'obesi'...
gambar-gambar di bawah mungkin serba sedikit dapat
memberi gambaran...
 |
Lagi gambar-gambar di sekitar kawasan penginapan |
Sekian saja...
Maxwell Hill Aku Datang...