Saturday 17 November 2012

Secangkir Kopi Seteguk Darah

Malam itu aku masih di kedai kopi menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar...bersama teman dan sahabat...sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar...melihat sebuah berita terkini...

Ooo, lupa aku bahawa ada insan di bumi Palestin...tengah meratap-ratap pilu dan sedih...seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh...dan peluru bersimpang-siur berdesir di telinganya...dia terus menjerit dan meraung-raung atas kehilangan itu...

Dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi...mencari anak lelakinya yang masih kecil telah terlepas dari pautan tangannya...dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu...

Ada sekujur mayat kanak-kanak yang masih memegang senapang mainan di tangannya...itulah anaknya...dan dia terus menangis serta menampar-nampar mukanya...mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah...Syahid!!!Syahid!!!Syahid!!!jeritnya...
Aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah...panas, dan aku kunyah sekeping roti bakar...temanku sibuk mengetip laptopnya...dan TV terus menyiarkan lagi...

Setiausaha Negara Amerika berkata-kata, sedang 'mencari formula mahu keamanan'...aaah, berkata atas kuasa veto...hanya sebuah laporan tidak pernah ada satu pakatan...hanya sekadar mahu buat ulasan...biar dunia tahu tugasnya tidak berakhir...Obama akan menyambung...dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi, dan lihat sahajalah...peperangan itu...untuk siapa?

Aku hirup lagi baki kopi...nikmatnya...rasa...tiada apa nak dirisaukan...TV itu terus menayangkan gambar...

Seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya...yang berlumuran darah, kepalanya telah terkulai, yang lain sedang menjerit-jerit...mencemuh dan memohon pertolongan...dan manusia di bumi Plaestin sangat gawat...dentuman bom seperti membelah bumi...peluru seperti taufan yang membedil musuh dan lawan...

Terdengar orang di sebelah meja aku berkata,"Biasalah bila dalam peperangan...gawat, cedera dan mati. Dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai."...sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis...
Aku masih lagi melihat berita akhir...ramainya anak-anak Palestin yang telah menjadi mayat...diatur berbaris...sebak menyelinap di dadaku, kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak-kanak?...kenapa Zionis lakukan itu?...untuk apa?

Mereka mahu bumi Palestin...jangan ada bangsa Palestin...bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan...dan aku memandang sekeliling...tiada siapa yang mahu ulas berita itu...itu di Palaestin, kita di sini, di kedai kopi...aman...

Dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai...pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan...ini hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah harganya...semurah nyawa anak Palestin...dan aku tinggalkan kaca itu...

Di manakah aku sekarang ini...apakah aku mahu berkira-kira...bercerita perjanjian autonominya...PLO dengan sejarah Yasser Arafat atau Hamas dan Fatah...kini semuanya boleh berbicara...tapi siapa yang sanggup menggalas senjata?
Dan siapa yang sanggup mati?...siapa yang akan mara?...dan siapa yang akan kecundang?...korban tidak mengenal lawan dan kawan...kanak-kanak, wanita dan orang berdosa...sebuah percaturan dalam peperangan...dan akan terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat...saksi sebuah jihad...apakah di hati atau di mataku?

Rujukan :
Karya Rusnah Abu Samah
Zulkifli Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd. Noordin (2009). Palestin Tak Pernah Gentar!. TELAGA BIRU.

Friday 9 November 2012

Tak 'Couple', Tak Bercinta Tapi 'In Relationship'

Indahnya cinta kalau kita pandai memeliharanya...saban hari banyak post-post berkaitan cinta di FB, blog dan sebagainya...dari pandangan peribadi, page dan blog semuanya mempunyai pandangan masing-masing...tapi hampir semuanya agak berat sebelah, menolak secara total hubungan cinta jika belum kahwin...entry ni mungkin boleh bagi sedikit gambaran apa itu cinta dan Cinta...
"aku tak perlu cinta, semua ni wayang ja, dusta!"...satu soalan je, are you sure?...jangan tipu diri sendiri, semua orang rasa ingin berpasangan...cinta itu fitrah tapi mengapa perlu ditolak...cinta perlu dikawal bukan disekat...tapi kena ingat, kita tak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri, kita tak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah...kata hukama,"untuk bahagia, cintailah sesiapa yang menyintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai"...

Salahkah bercinta?...tak salah bercinta, kita yang buat benda tu jadi salah..."cinta yang dicari adalah baik, tapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik"...cinta itu mesti didasarkan cinta Allah...jika cinta itu buat kita semakin jauh daripadaNya, maka itu hanya cinta palsu...carilah cinta yang boleh buat kita lebih dekat kepadaNya...kalau kita tengok pasangan kita pun dah rasa serabut, itu tanda bukan jodoh yang baik...bercinta kerana Allah...camna?...niat untuk bernikah dan jauhilah larangan dalam hubungan dengan bukan muhrim...tapi kalau belah sana ja serius, belah sini tak serius maka beransurlah pergi...cinta untuk dikasihi, bukan untuk dikasihani...

Pastikan semasa hubungan cinta, takda hukum Allah yang dilanggar..."cinta apa kalau takda dating, call berjam-jam n surat cinta?"...tak perlu  semua tu...percayalah kita akan merasai kemanisan bercinta kalau takde semua tu...tak perlu kot nak bersembang pun tulis kat wall FB, tunjuk kat semua orang 'kemesraan' tu...message suda, tak payah la nak wall bagai...tak elok la orang lain tengok...

"Seseorang yang mengatur langkah dan mengawal kekasihnya sebenarnya mencintai diri sendiri"

Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan...keinginan berpasangan adalah fitrah...tapi dalam perhubungan mestilah ikut peraturan Allah...kenapa nak ada pasangan?...kalau niat betul iaitu untuk bernikah takda salahnya...tapi kalau juz nak suka-suka, nak menunjuk-nunjuk maka tak perlu la...'weih, aku ade awek. ko ade?"...tak perlu kot..."tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya"-maksud hadis-
Bagi pasangan yang terlalu 'bercouple', percayalah, makin hari cinta tu akan makin suram...tambah yang couple bertahun-tahun...bila kahwin rasa cinta tu macam dah biasa, dah kurang...jadi kawallah cinta sebaik mungkin...Islam tak menyekat secara total pergaulan antara lelaki dan perempuan...sebagai contoh pelajar, mesti ada 'study group' yang ada lelaki dan perempuan...dibolehkan tapi ada batasannya...pengasingan meja, elakkan dari sampai sembang benda yang takda kena-mengena ngan study...

Tak 'couple', tak bercinta tapi 'in relationship'...camna tu?...ok, jom kita fokus betul-betul perbincangan nih...jodoh dan rezeki kan sudah ditetapkan, tapi kita stilll kena usaha cari..."orang dulu-dulu tak payah cari pun, kawin jugak dengan pilihan keluarga"...eh, tu bukan usaha jugak ke?...mak ayah yang tolong carikan tu kan usaha namanya, kena faham tu...berbalik kepada tajuk entry nih, carilah seseorang yang dirasakan sesuai...kenal sikit-sikit, jumpa keluarga then kenal-kenal...selalulah solat istikharah moga Allah beri petunjuk...jika pasti dia pilihan yang terbaik, nyatakanlah hasrat kat dia yang suatu hari nanti akan menikahinya...semasa hubungan tak contact melainkan ada benda penting atau bagitau khabar...takde sembang romantik 'i luv u', 'i miss u' n segala makneka lagi...perhubungan tak dihebah-hebahkan, tak announce kat FB n sebagainya...takde dating, tengok wayang bagai...kalau nak jumpa pun di rumah family masing-masing...contohnya, kita bawak family pergi rumah family dia dan begitulah sebaliknya...yang penting saling mendoakan tanpa si dia tahu...sampai masa, masing -masing dah bersedia, keluarga restu then menikah...cinta lepas nikah akan sangat indah sebab semasa hubungan tak bercinta...seandainya masa hubungan salah sorang mintak putus atas sebab-sebab tertentu takdala nak bunuh diri segala sebab masa hubungan tak bercinta...itu lah namanya takda jodoh...

Kenapa nak ada hubungan?...kalau dah ada hubungan, kita tak perlu lagi untuk mencari...ini lebih elok kalau nak dibandingkan dengan kenal perempuan atau lelaki (bagi perempuan) sana-sini sebab belum berpunya...kalau ada hubungan masing-masing rasa ada tanggungjawab...kita akan lebih fokus apa yang kita buat sekarang...secara tak langsung boleh memotivasikan diri untuk memperbaiki diri sendiri dan masa depan...misalnya kalau sedang belajar boleh tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, kalau sedang bekerja boleh tumpukan pada kerja dan sediakan bekalan untuk masa hadapan...dalam pada itu, perbaiki nilai dalam diri, mantapkan ilmu agama dan sebagainya...

Sekian untuk entri kali ni, terima kasih...

"Ya Allah, jagalah dia untukku jika benar dia jodohku. Jauhilah kami dari fitnah dan hasad dengki. Jika dia bukan jodohku, temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik darinya"

Rujukan :
  1. Pahrol Mohd Juoi (2006). Tentang CINTA - Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannnya. TELAGA BIRU.
  2. Burhan Sodiq (2010). Ya Allah Aku Jatuh Cinta - Mengelola Cinta Tanpa Diselubungi Dosa. PTS IMTIYAZ.
  3. A. Ubaidillah Alias (2010). Kala Cinta & Wahyu Bersatu. PTS LITERA.

Saturday 3 November 2012

Meredah Gelora Antara Benua

MT Mutiara Perak 190412 - 080912

Ini merupakan pengalaman pertama aku dapat belayar bersama kapal 'foreign going' (FG)...excited taktau nak habaq...kapal sebelum ni main area malaysia ja...aku sign-on kapal ni di singapore...sehari sebelum naik kapal, sempat la tido semalam n jalan-jalan di sana...ini pertama kali aku jejak kaki di negara ni...sempat la jugak tengok stadium jalan besar depan mata...sebelum ni yang aku tau pasal singapore ni, bandarayanya sangat bersih, maju dari malaysia, tak boleh lintas sesuka hati di jalanraya n banyak lagi la...tapi bila aku jalan-jalan kat sana, bandarnya tak la sebersih mana...lebih kurang KL ja...yang lawaknya, tengok banyak ja yang lintas jalan sesuka hati. maybe kat are tertentu je kot takleh. kalau camtu same je la ngan malaysia!...kelemahan paling ketara, nak cari pengangkutan awam punya la susah...tungu teksi punya la lama,huh...pastu tren hanya ada di tempat tertentu saja...kalau kat KL, teksi sana sini ada. tungu nak tahan ja...tren pun banyak...so, berbangga lah jadi rakyat malaysia!   

Pertama kali meredah lautan hindi untuk ke india dan dubai, baru aku tau macam mana muntah hijau...sebelum ni dengar kawan-kawan cerita ja, tak pernah lagi la muntah hijau...muntah hijau ni jadi kalau dah takde pape dalam perut untuk dimuntahkan...mula-mula keluar ape yang kita makan sebelum tu, pastu keluar air, last sekali baru keluar cecair warna hijau...dah sebulan lebih baru aku dapat sesuaikan diri...hampir 2 bulan aku kat area sana baru lah kapal balik ke area asia tenggara...kat sini yang boleh buat aku tewas balik (muntah) kat area filipina ja...yang lain ok...banyak negara sebenarnya yang aku singgah tapi nak cita-cita semua macam buat trok plak,huhu...antaranya selain india dan dubai ialah singapore, indonesia, thailand dan filipina...siyezly, singgah la port mana pun, malaysia jugak yang paling best...kalau turun kat malaysia pergi la mana-mana pun, kita akan rasa selamat...kalau di negara orang, nak turun mesti ramai-ramai. macam-macam boleh jadi kalau turun sorang dua...

Pertama kali jugak beraya di laut...hari pertama raya memang takde line nak col family...masa tu kat selat melaka...takda apa-apa perasaan, rasa macam biasa ja...masa takbir ramai-ramai baru ada rasa sebak...bukan teringat family or apa, tapi taktau nak cita camna...rasa macam tak sangka aku boleh sampai ke tahap sekarang...dari seorang kanak-kanak yang bergelut untuk pulih dari penyakit lelah, seorang pelajar sekolah yang biasa saja, seorang graduan univeristi yang low profile, sekarang dah hampir separuh dunia aku redah...dari situ mula teringat dah banyak cabaran dan dugaan yang berjaya aku tempuh dari kecik sampai la sekarang. alhamdulillah...

Di kapal, kalau nak muhasabah diri rasanya lebih mudah...cuba bayangkan di tengah laut tu sunyi ja, bila tengok luar yang ada hanya laut luas dan langit...'zero'...masa tu dapat rasa kat dunia ni hanya aku dan krew-krew lain...aku ingat lagi lecture penah pesan dulu,"if u feel lonely, just 'bell the phone', Allah always with u"...ya betul, semakin hari aku lebih mengenali diri sendiri dan Allah...

Semasa mendapat berita tragedi MT Bunga Alpinia milik MISC yang terbakar di labuan, istighfar panjang aku...semasa mendapat berita, kapal aku berada di perairan thailand...sebelum itu kapal aku berada di labuan...kapal tersebut terbakar di tempat dan ambik cargo yang sama dengan kapal aku iaitu methanol...5 orang krew terkorban dalam tragedi tersebut...al-fatihah...

Sekarang aku dalam persiapan untuk ambik 4th class COC...ni la cita-cita aku sebenarnya...target aku paling minimum aku boleh capai sekurangnya 4th class nih...kalau takde ni, rase macam ade yang tak cukup...moga segalanya dipermudahkan. amin...

"Sesungguhnya tentang ciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang berlayar dilautan yang memberi manfaat kepada manusia, air(hujan) yang diturunkan Allah dari langit, lalu dihidupkanNya (kerana hujan itu)bumi yang sudah mati(kering) dan berkeliaranlah berbagai jenis binatang, dan perkisaran angin dan awan yang disuruh berkerja di antara langit dan bumi, sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran untuk orang-orang yang berfikir." 
[Surah Al Baqarah ayat 164]

Terima Kasih

ENGINE ROOM









MY CABIN






HARI RAYA







SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE-55 2012

Thursday 1 November 2012

Soalan Dijawab Dengan Penuh Persoalan

Setelah berkurun tak update, akhirnya terrrupdate jugak...tibe-tibe je perasaan nak update ni muncul, taktau kenapa...sebenarnya dah lame wa kat laut (ayat buat trok)...line mana ada baq hang...maybe sebab tu la kott...

Berbalik kepada tajuk tadi...pernah tak korang pernah alami keadaan nih? soalan dijawab dengan penuh persoalan...rasanya semua pernah kot...ada banyak versi sebenarnya...selain seperti tajuk entry ni ada jugak versi lain, antaranya...soalan dijawab dengan soalan...ada perbezaan sebenarnya antara kedua ni...mari kita bincangkan (lagi ayat buat trok)...
Soalan dijawab dengan penuh persoalan...contohnya,'sudikah terima jika saya ingin melamarmu sebagai isteri?'...yang dilamar menjawab,'maaf, saya belom bersedia untuk jawab lagi'...ini lah yang dinamakan soalan dijawab dengan penuh persoalan...kita tertanya-tanya, adakah dia terima atau tak...yang ditanya bukan taknak jawab, mungkin dia nak korang berfikir dan dia sendiri berfikir...situasi lain contohnya, ni terjadi kat saya semasa dia kapal...kadet tanya kepada engineer,'kenapa air laut tak leh masuk melalui stern tube?'...engineer jawab,'ko tengok dalam engine ada lub oil, tapi die tak terkeluar pun dari engine. same jugak situasi macam stern tube tu'...si kadet pun baru terfikir,'aa eh, betul jugak'...dari situ dia mula belajar n berfikir...baca buku sini sane baru dapat jawapan...kalau engineer jawab je terus soalan tu mungkin si kadet tak berusaha untuk cari jawapan...

Berbeza pulak dengan soalan dijawab dengan soalan...situasi lebih kepada yang ditanya taktau untuk jawab soalan korang...contohnya,'malam ni real madrid punye match pukul berape eh?'...yang ditanya menjawab,'ade match ke malam nih?'...~spoil~...yang ni maleh nak terang panjang-panjang...hahaha...

haa, sekarang dah nampak kot beza antara dua situasi ni? 
Allah berfirman di dalam Surah Al-Nahl ayat 43 yang bermaksud:
"Tanya kepada mereka yang lebih tahu jika kamu tidak tahu."
Renung-renungkan lah...terima kasih...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...