Wednesday 18 January 2012

Kembali menjadi Ahli Silap Mata...

Boleh dikatakan selalu jugak la aku main daun terup atas kapal nih...tapi bukan berjudi ye, main kosong-kosong je ngan krew lain...kalau tak main pun tengok orang main...bila dah tiap-tiap hari camni, aku dah mula bosan...sebenarnya aku taknak tunjuk kat diorang yang aku pandai buat silap mata, tapi dah bosan sangat...akhirnya, 'aku kembali menjadi ahli silap mata'...aku mula menunjukkan skil silap mata aku satu-persatu...diorang suma kagum, itu merupakan satu kepuasan bagi seorang magician...
Contoh daun terup
Aku mula berjinak-jinak dengan dunia silap mata ketika di tingkatan 5...adik aku yang mula-mula mencetuskan minat nih, pastu kami sama-sama belajar asas silap mata untuk daun terup...kami kembangkan silap mata dengan hasil idea sendiri...kalau dah belajar asas, kita boleh buat magic sendiri yang hebat-hebat...bergantung pada kreativiti jugak la...

Aku banyak mendapat inspirasi dari David Blaine, magician US...selain itu ada sedikit juga inspirasi dari magician Malaysia yang terkenal iaitu Shahril (Fuyoo Magic) dan Ezad (Magix)...dari Jepun, Cyril Takayama...bila ada ja rancangan magic diorang aku tak lepaskan peluang untuk tengok...dari situ aku meniru magic tang dibuat tapi dengan kaedah sendiri...aku kembangkan lagi magic dengan membuat 'sistem barter' dengan kawan-kawan yang pandai buat magic...maksudnya, dia ajar magic yang aku taktau, aku ajar magic yang dia taktau...

Aku mula buat 'show' masa di tingkatan 5 iaitu kat kawan-kawan aku...aku ingat lagi, kat cikgu pun aku pernah tunjuk magic,huhu...ada banyak 'show' yang aku anggap terbaik...antaranya di sekolah SMKDHH, aku pindah ke sekolah ni sebelum SPM bermula...lepas SPM aku diterima masuk PLKN...di sini aku rasa paling terbaik antara 'show' aku pernah buat...tambah lagi ada sorang kawan aku kat sini pandai buat jugak...

Antara lain ialah 'show' kat kawan-kawan aku seuniversiti...3 tahun aku di universiti, last sem baru aku tunjukkan bakat yang terpendam...aku sebenarnya dah malas nak jadi magician, tapi masa tu aku ngan kawan-kawan pi camping kat Pulau Pangkor, diorang bawak pulak daun terup...tak tahan, akhirnya aku tunjuk la magic aku...

Yang ni aku rasa paling puas hati...aku dengan adik jalan-jalan di uptown KL...tiba-tiba ternampak satu kedai magic...bro kedai magic tu tengah tunjuk skill dia kat penonton...aku dengan adik suruh bro tu tunjuk satu magic kat kami, lepas dia buat, adik aku minta daun terup tersebut untuk tengok...bro tu terus simpan, haha, nampak sangat tu bukan daun terup biasa...kemudian kami minta daun terup biasa...aku tunjuk magic aku yang  yang terbaik kat bro tu, aku tahu dia kagum tapi dia buat-buat cool...yala, takkan kalah ngan magician amateur cam aku kot?huhu...aku guna daun terup biasa beb, tadi dia buat magic guna daun terup khas...
p/s : malas aktif cam dulu lagi dah...tapi bila orang kagum, itu aku rasa cukup dihargai n rasa bersemangat balik nak buat magic :)

3 comments:

  1. PELAQ!!!! -Aiman SeaWalker-

    ReplyDelete
  2. Hi ak pon magician gak tpi x banyak tipu helah yg ak tau..tpi mmg puaslh kalo dpt tgk muke hairan org len bile ak buat,magic depan deorg..tpi banyak 2 magic yg ak buat ak x pernah buat magik daun terop..please tunjukkn care boleh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...