Wednesday 27 November 2013

Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya...


Jodoh itu penuh keunikan...
Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi...
Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti...
Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru...
Adakah dia jodoh yang ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu...
Kadangkala hadirnya tidak disangka...
Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita...
Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat menghancurkan hati...
Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui...
Apabila dia menyapa, jodohkah namanya...


Rujukan :
Sakinah Salleh (2012). Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya. PTS MILENNIA.




Saturday 9 November 2013

Musafir Si Pengembara...

Tanggal 22 Februari 2013 aku dikehendaki bertolak ke Singapore untuk sign-on di sana...Singapore antara negara yang aku tak berapa suka...terlalu banyak 'rule' yang merimaskan...serius, Malaysia lagi terbaik dari Singapore...bermalam di sana sehari, sempat jugak la jalan-jalan sebelum naik kapal keesokan harinya...tak banyak bezanya dengan Malaysia, rasa macam jalan-jalan di Mlalaysia...cuma beza yang paling ketara ialah bahasa pertuturan mereka iaitu bahasa Inggeris...
HarbourFront, Singapore
Aku menaiki kapal keesokan harinya...MT Gagasan Kedah...ini merupakan kapal ketiga aku...yang kelima kalau campur sekali yang praktikal...antara lain-lain, rasanya ini merupakan antara kenangan yang paling best...rakan sekerja yang 'masuk kepala', suasana dirasakan amat meriah...
Cargo Operation
Antara kerja yang dibuat
Lagi antara kerja
Dan lagi
Ketika laut agak bergelora
Bekerja sambil melancong...itu yang seronoknya kerja di bidang ni...banyak jugak la tempat yang aku lawat sepanjang 6 bulan berada di kapal ni...tapi seriously, pergi la mana-mana pun, Malaysia tetap tempat yang paling best...pepatah mengatakan 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Lebih baik di negeri sendiri'...
Merak, Indonesia
Bazar Ramadhan Bintulu, Sarawak
Bazar Ramadhan Labuan, Sabah
Berbuka puasa di Labuan, Sabah
Untuk tahun kedua berturut-turut aku tak dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga...masa hari raya pertama aku berada di Labuan...walaupun tak dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga, ini merupakan puasa dan raya yang sangat bermakna bagi aku...taktau kenapa, berbanding di kapal lepas, juga tak balik beraya tapi yang ini aku rasa lebih bermakna...mungkin benar jugak kawan aku cakap dalam nada bergurau,'kita ni dah macam setan bertukar jadi malaikat'...menjadi lebih baik dari sebelumnya, itu maksud beliau...
Solat sunat Aidilfitri...Masjid Labuan 1
Solat sunat Aidilfitri...Masjid Labuan 2
Labuan, Sabah
Hampir separuh anak kapal yang turun untuk solat sunat Aidilfitri
Menjamah hidangan hari raya
Tanggal 24 Ogos 2013 maka tamat sudah pengembaraan aku kali ni...selama 6 bulan lebih aku menimba pengalaman, kenangan dan macam-macam lagi yang tak mungkin aku lupakan...semasa entry ini ditulis, aku baru saja berjaya lulus untuk mendapat Certificate of Competency untuk Officer in Charge of Engineering Watch of 750kW or more Unlimited Trade Voyages (Motorship)...Alhamdulillah...cita-cita aku untuk mendapat COC ini sudah tercapai...lepas ni dah boleh fikir pasal kahwin pulak kot...okey takda kena mengena...sekian,assalamualaikum...
Changing crew...sign-off on 24/8/2013, Tg. Bin, Johor...
"Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali"
(Riwayat Tarmizi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...