Saturday 3 November 2012

Meredah Gelora Antara Benua

MT Mutiara Perak 190412 - 080912

Ini merupakan pengalaman pertama aku dapat belayar bersama kapal 'foreign going' (FG)...excited taktau nak habaq...kapal sebelum ni main area malaysia ja...aku sign-on kapal ni di singapore...sehari sebelum naik kapal, sempat la tido semalam n jalan-jalan di sana...ini pertama kali aku jejak kaki di negara ni...sempat la jugak tengok stadium jalan besar depan mata...sebelum ni yang aku tau pasal singapore ni, bandarayanya sangat bersih, maju dari malaysia, tak boleh lintas sesuka hati di jalanraya n banyak lagi la...tapi bila aku jalan-jalan kat sana, bandarnya tak la sebersih mana...lebih kurang KL ja...yang lawaknya, tengok banyak ja yang lintas jalan sesuka hati. maybe kat are tertentu je kot takleh. kalau camtu same je la ngan malaysia!...kelemahan paling ketara, nak cari pengangkutan awam punya la susah...tungu teksi punya la lama,huh...pastu tren hanya ada di tempat tertentu saja...kalau kat KL, teksi sana sini ada. tungu nak tahan ja...tren pun banyak...so, berbangga lah jadi rakyat malaysia!   

Pertama kali meredah lautan hindi untuk ke india dan dubai, baru aku tau macam mana muntah hijau...sebelum ni dengar kawan-kawan cerita ja, tak pernah lagi la muntah hijau...muntah hijau ni jadi kalau dah takde pape dalam perut untuk dimuntahkan...mula-mula keluar ape yang kita makan sebelum tu, pastu keluar air, last sekali baru keluar cecair warna hijau...dah sebulan lebih baru aku dapat sesuaikan diri...hampir 2 bulan aku kat area sana baru lah kapal balik ke area asia tenggara...kat sini yang boleh buat aku tewas balik (muntah) kat area filipina ja...yang lain ok...banyak negara sebenarnya yang aku singgah tapi nak cita-cita semua macam buat trok plak,huhu...antaranya selain india dan dubai ialah singapore, indonesia, thailand dan filipina...siyezly, singgah la port mana pun, malaysia jugak yang paling best...kalau turun kat malaysia pergi la mana-mana pun, kita akan rasa selamat...kalau di negara orang, nak turun mesti ramai-ramai. macam-macam boleh jadi kalau turun sorang dua...

Pertama kali jugak beraya di laut...hari pertama raya memang takde line nak col family...masa tu kat selat melaka...takda apa-apa perasaan, rasa macam biasa ja...masa takbir ramai-ramai baru ada rasa sebak...bukan teringat family or apa, tapi taktau nak cita camna...rasa macam tak sangka aku boleh sampai ke tahap sekarang...dari seorang kanak-kanak yang bergelut untuk pulih dari penyakit lelah, seorang pelajar sekolah yang biasa saja, seorang graduan univeristi yang low profile, sekarang dah hampir separuh dunia aku redah...dari situ mula teringat dah banyak cabaran dan dugaan yang berjaya aku tempuh dari kecik sampai la sekarang. alhamdulillah...

Di kapal, kalau nak muhasabah diri rasanya lebih mudah...cuba bayangkan di tengah laut tu sunyi ja, bila tengok luar yang ada hanya laut luas dan langit...'zero'...masa tu dapat rasa kat dunia ni hanya aku dan krew-krew lain...aku ingat lagi lecture penah pesan dulu,"if u feel lonely, just 'bell the phone', Allah always with u"...ya betul, semakin hari aku lebih mengenali diri sendiri dan Allah...

Semasa mendapat berita tragedi MT Bunga Alpinia milik MISC yang terbakar di labuan, istighfar panjang aku...semasa mendapat berita, kapal aku berada di perairan thailand...sebelum itu kapal aku berada di labuan...kapal tersebut terbakar di tempat dan ambik cargo yang sama dengan kapal aku iaitu methanol...5 orang krew terkorban dalam tragedi tersebut...al-fatihah...

Sekarang aku dalam persiapan untuk ambik 4th class COC...ni la cita-cita aku sebenarnya...target aku paling minimum aku boleh capai sekurangnya 4th class nih...kalau takde ni, rase macam ade yang tak cukup...moga segalanya dipermudahkan. amin...

"Sesungguhnya tentang ciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang berlayar dilautan yang memberi manfaat kepada manusia, air(hujan) yang diturunkan Allah dari langit, lalu dihidupkanNya (kerana hujan itu)bumi yang sudah mati(kering) dan berkeliaranlah berbagai jenis binatang, dan perkisaran angin dan awan yang disuruh berkerja di antara langit dan bumi, sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran untuk orang-orang yang berfikir." 
[Surah Al Baqarah ayat 164]

Terima Kasih

ENGINE ROOM









MY CABIN






HARI RAYA







SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG KE-55 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...