Tanggal
22 Februari 2013 aku dikehendaki bertolak ke
Singapore untuk sign-on di sana...Singapore antara negara yang aku tak berapa suka...
terlalu banyak 'rule' yang merimaskan...serius,
Malaysia lagi terbaik dari Singapore...bermalam di sana sehari, sempat jugak la jalan-jalan sebelum naik kapal keesokan harinya...
tak banyak bezanya dengan Malaysia, rasa macam jalan-jalan di Mlalaysia...cuma beza yang paling ketara ialah
bahasa pertuturan mereka iaitu bahasa Inggeris...
 |
HarbourFront, Singapore |
Aku menaiki kapal keesokan harinya...
MT Gagasan Kedah...ini merupakan
kapal ketiga aku...
yang kelima kalau campur sekali yang praktikal...antara lain-lain, rasanya ini merupakan antara kenangan yang paling best...rakan sekerja yang 'masuk kepala', suasana dirasakan amat meriah...
 |
Cargo Operation |
 |
Antara kerja yang dibuat |
 |
Lagi antara kerja |
 |
Dan lagi |
 |
Ketika laut agak bergelora |
Bekerja sambil melancong...itu yang seronoknya kerja di bidang ni...banyak jugak la tempat yang aku lawat sepanjang 6 bulan berada di kapal ni...tapi seriously, pergi la mana-mana pun, Malaysia tetap tempat yang paling best...pepatah mengatakan 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Lebih baik di negeri sendiri'...
 |
Merak, Indonesia |
 |
Bazar Ramadhan Bintulu, Sarawak |
 |
Bazar Ramadhan Labuan, Sabah |
 |
Berbuka puasa di Labuan, Sabah |
Untuk tahun kedua berturut-turut aku tak dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga...masa hari raya pertama aku berada di Labuan...walaupun tak dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga, ini merupakan puasa dan raya yang sangat bermakna bagi aku...taktau kenapa, berbanding di kapal lepas, juga tak balik beraya tapi yang ini aku rasa lebih bermakna...mungkin benar jugak kawan aku cakap dalam nada bergurau,'kita ni dah macam setan bertukar jadi malaikat'...menjadi lebih baik dari sebelumnya, itu maksud beliau...
 |
Solat sunat Aidilfitri...Masjid Labuan 1 |
 |
Solat sunat Aidilfitri...Masjid Labuan 2 |
 |
Labuan, Sabah |
 |
Hampir separuh anak kapal yang turun untuk solat sunat Aidilfitri |
 |
Menjamah hidangan hari raya |
Tanggal 24 Ogos 2013 maka tamat sudah pengembaraan aku kali ni...selama 6 bulan lebih aku menimba pengalaman, kenangan dan macam-macam lagi yang tak mungkin aku lupakan...semasa entry ini ditulis, aku baru saja berjaya lulus untuk mendapat Certificate of Competency untuk Officer in Charge of Engineering Watch of 750kW or more Unlimited Trade Voyages (Motorship)...Alhamdulillah...cita-cita aku untuk mendapat COC ini sudah tercapai...lepas ni dah boleh fikir pasal kahwin pulak kot...okey takda kena mengena...sekian,assalamualaikum...
 |
Changing crew...sign-off on 24/8/2013, Tg. Bin, Johor... |
"Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali"
(Riwayat Tarmizi)