Saturday 22 December 2012

Maxwell Hill Aku Datang

Ini merupakan kali ke-2 aku ke sini...kali pertama dulu masa lepas Spm ngan kawan-kawan...mendaki dari bawah sampai la ketinggian 1036m dari aras laut dengan jarak perjalanan lebih dari 10km...pukul 9.00 am kami naik,sampai atas pukul 4.30 pm. 7jam30minit!..nak turun balik naik jip, kaki memang dah tak larat...tu pun belom lagi sampai puncak...perjalanan ke puncak dari situ lebih kurang 3km lagi...puncaknya ialah tempat pemancar telekom...kalau malam-malam boleh nampak dari bawah cahaya dari menara, itulah puncaknya...hairan aku ada yang cakap mendaki tak sampai 2 jam, ada yang cakap 2 jam...rasanya diorang tak sampai puncak lagi tu...bayangkan naik jip nak sampai ke aras 1036m jarak perjalanan 10km pun dah 45minit ni pulak yang mendaki...maknanya kelajuan diorang hampir sama dengan jip, ehh??
Menunggu ketibaan jip
Kali ke2 aku datang sini bersama keluarga...kami menaiki jip untuk ke ke tempat penginapan...perjalanan mengambil masa 45minit...tempat penginapan ala-ala cam dalam cita Im Not Single baq hang...
 
Pemandangan di dalam dan sekitar tempat penginapan
Check-in tengah hari, petang tu kami bersiap-siap untuk hiking ke puncak dengan jarak perjalanan lebih kurang 3km...kawasan tempat penginapan, cafe dan sebagainya di aras 10km jarak perjalanan...maknanya jarak keseluruhan lebih dari 13km...kalau merentas desa masa sekolah dulu, track lelaki tambah track perempuan sama jaraknya...
 
Gambar-gambar semasa mendaki
Dalam perjalanan tak jumpa seorang pun manusia...maklumlah dah agak petang...kami mula mendaki pukul 4 pm...biasa pagi-pagi ramai la orang...di beberapa kawasan kabus memang tebal dan jarak penglihatan agak terhad...ada beberapa kawasan tertentu rasa macam hari hujan yang sebenarnya effect dari kabus...bila nampak kabus agak tebal, kami hampir berpatah balik tapi 'rasa ingin tahu' apa yang ada di puncak, kami teruskan jugak perjalanan...hairan jugak di beberapa kawasan daun-daun kering bertaburan seperti orang jarang lalu di kawsan tersebut...risau jugak kalau ada binatang buas dan 'benda tersebut'...
Lagi gambar-gambar semasa mendaki
Akhirnya sampai jugak di puncak...di situ ada seorang pakcik juruteknik telekom dan dua orang lagi pengawal dan pembantu...pakcik itu menyambut kami dengan riak yang agak kehairanan, mungkin memikirkan bagaimana kami boleh sampai ke situ...setelah dijelaskan yang kami dari tempat penginapan bukan dari bawah baru dia faham...ayah berbual dengan pakcik tersebut sementara kami berehat-rehat menikmati pemandangan...dari atas tu boleh nampak bandar Taiping, bandar diraja Kuala Kangsar dan nampak juga laut, mungkin Port Weld a.k.a Kuala Sepetang...





Gambar-gambar semasa di puncak
Esoknya semasa nak balik rumah kami menaiki jip untuk turun...ayah cerita la kat pakcik jip tersebut yang kami mendaki sampai ke menara telekom semalam...sekali lagi, dia pun macam agak terkejut...baru kami tahu kenapa pakcik telekom dengan pakcik jip ni agak terkejut...menurut beliau memang jarang ada orang naik sampai ke atas, biasanya sampai aras tempat penginapan kami tu ja...menurut dia lagi memang di kawasan tertentu kabus sangat tebal dan di situ kawasannnya agak 'keras'...pernah pekerja telekom meninggal kerana jip yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung...begitulah cerita menurut pakcik tersebut...patut la semasa perjalanan tak nampak walau sorang pun...masa kat atas semalam pakcik telekom mungkin tidak menceritakan kepada kami takot jadi apa-apa...yalah benda-benda camni kalau dah tau baru nak jadi...

Siyezly ni memang tempat yang menarik untuk bercuti...pemandangan di sini ala-ala 'obesi'...gambar-gambar di bawah mungkin serba sedikit dapat memberi gambaran...
 
 
 
Lagi gambar-gambar di sekitar kawasan penginapan
Sekian saja...Maxwell Hill Aku Datang...

99 comments:

  1. Smart bro.rse cm nk pegi.hehe

    ReplyDelete
  2. datang jangan tak datang..xrugi oo..huhu

    ReplyDelete
  3. nape admin tak remove je vrfction word 2.. susah nak komen laaa..... just cdangan :)

    ReplyDelete
  4. cantik sangat kat sana. Tak pernah pergi lagi. teringin nak ke sana

    ReplyDelete
  5. SubhanaAllah..Nice scenery there...hopefully dpt daki kt sna nnt...in shaa Allah...btw follow u back.. :)

    ReplyDelete
  6. awat lama sgt mndaki tu ...sy daki gunung di sarawak dngn ketinggian 2500m pun bru 4jam..

    heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami byk henti2,brgmba bgai.sbb tu la kot,hehe..ni mmg xtngi,tp jln agk pnjg,>13km

      Delete
  7. Bestnyer
    Saya tak pernah pegi lagi Maxwell Hill nie
    Cam menarik sebab ada kabus bagai...
    InsyaAllah akan pergi
    Singgah entry saya gak. TQ

    ReplyDelete
  8. wah. bestnyaaaa!
    ada lah jugak hari tu pergi Perak, tapi, lalu je~
    nampak Bukit Larut dari jauh-jauh-jauh-jauh.
    in shaa Allah, one day, akan ku tawan Bukit Larut! ehhe ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah :)
      haa,ayat ni best,'akan ku tawan Bukit Larut!',hehe ;)

      Delete
  9. done follow. insyaALLAH sy ok banjir kali ni :) wahh bestnye jejalan kat MH :)

    ReplyDelete
  10. same hobby !!! best n nice view ! siyesly... i x pernah pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengembara jgk?waa,best2..klu p mne2 updte la ye,leh share2 tmpt mnarik :)

      Delete
  11. cantik Maxwell Hill ni... very nice place.. btw eca follow sini :)

    ReplyDelete
  12. saya suka cameroon highland sebab suka strawberry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cameron sy pnah pegi skali,mmg lagi best la..tapi jauh sgt nk pegi salu,huhu..

      Delete
  13. nice place la . rasa nak pegi je . muehehe
    btw . come here and follow you :)

    ReplyDelete
  14. Cantik pemandangan di Maxwell Hill .=)
    Rasa dah lama tak bercuti plak.. , done follow kamu ,no. 72.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni antra tmpt mnarik di perak :)
      huhu,ok.tq 'no 72' :D

      Delete
  15. wow, pemandangan yang cantik ala ala pilem i'm not single gitu. hoho. done polo

    ReplyDelete
  16. wah
    aku kalau tgok tmpt tinggi2 ada kabus nih mulalah rasa nak pergi
    hehehe

    ReplyDelete
  17. uih... macam best je bro.. apapon terima kasih sudi follow blog gua bro... apapon minggu depan insyaallah nantikan entry saya review blog nie :)

    ReplyDelete
  18. tak pernah jejak kesana lagiii.. semput nk panjat2 nih.. aritu g sg gabaiii punnn..huihhhh.. xthn

    ReplyDelete
    Replies
    1. cube meh sini plak..semput pn,ble smpi ats tgk pmndgan hilang sume penat :)

      Delete
  19. wah! seronoknya mendaki bukit dengan family. kawasan kat sana pun nyaman je..best ni kalau pergi. mesti sejuk kan.nampak kabus jew .

    dah follow sini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesejuk cameron..kalau malam macam pasang aircon,huhu..btw tq ya :)

      Delete
  20. done follow here...nice n simple blog..:D

    ReplyDelete
  21. bestnye holiday :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2012/12/lembaga-jururawat-malaysia.html

    ReplyDelete
  22. cik siti prnah pergi skali...msa tahun 2007....and skrg tgh plan ngan member2 utk pgi lagi skali...hehe

    ReplyDelete
  23. wahhh. cam best je! azie tak pernah gi daki gunung. tempat penginapan tu mahal tak? kalau boleh,nak ajak classmate buat trip kat sini je lah untuk sem ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg saya duduk tu sehari rm300,besar,blh muat lebih 20org..paling murah rm200..budak2 sekolah n universiti byk hiking sini.tmpt berkhemah pun ade..

      Delete
  24. wah!! mcm best je..huhuhuhuhu..msti best kn?? jgn lupa follow sya.. http://fkehidupanku.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Bestnya! macam nak pergi jugak rasa :)

    ReplyDelete
  26. besnye bukit larut..xpenah sampai lagi.huhu

    ReplyDelete
  27. Salam Iqmim.. hehe..ok suke name kamu.. n u hve nice entry.. serious maxwell hill neh mcm menarik.. BKM pun tak penah smpai sini lagi.. teruskn dgn blog mcm neh k..sebb ramai org suke travel story neh... iqmim besarkn pic tuh ...seriously ..pic kmu travel kmu menarik perhatian..gud luck..sharing is caring..tc!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..nak besarkn pic tu tkot entry jadi panjang sgt,huhu..btw tq, ill improve later :)..tc too!~

      Delete
  28. Selalu pergi taiping. Belom penah sampai lg kt Maxwell Hill..huhu.

    ReplyDelete
  29. mcm best je.. kena masukkan sbgi salah satu tmpt wajib pergi ni..

    ReplyDelete
  30. setakat ni belom pernah lagi jelajah taiping, sobs.

    happy 2013 :)

    ReplyDelete
  31. Tempat yang menarik untuk dikunjungi, menikmati keindahan alam ciptaanNya...

    ReplyDelete
  32. Hi myra datang catwalk and follow sini :D

    ReplyDelete
  33. salam kenal di laman ni, kat perak memang indah...

    ReplyDelete
  34. You are tagged! Komen bnyk bnyk tau, :). Love you ! http://meanwhileinparalleluniverse.blogspot.com/2012/12/new-year-giveaway-by-sheera-aya.html. Mohon komen bnyk bnyk sikit k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok,i will..xpyah nk love u sgat laa.mrah marka sy nanti,haha..

      Delete
  35. okay, lawa sangat tempat tu. bestnya kalau dapat ke sana.

    ReplyDelete
  36. haii thnks :) done folow awk jgk :)

    ReplyDelete
  37. wah bestnya...so jelous hahahah
    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  38. salam,, singgah+follow..btw nice blog,, sudi2 la blog sye pula. :)

    ReplyDelete
  39. wow ! gila punya best .teringin laaaa . hihi :D
    http://ainilcintahadi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  40. Bukit larut! kampung aku ni! nak naik tu kena hati2 jugak sbb banyak babi hutan. ahaah

    ReplyDelete
  41. Bukit larut!! seyesly memang best dan cantik sgt pemndangan kat sana. bair betul pernah mendaki / jalan kaki je naik kat sana? omg kiter yang pergi naik jip pun takut, rasa nak melayang nyawa... jalan kaki lagi la.. 3 jam kan?
    tempat ni memng cantik, tapi takot dah nak pergi, cukup lah sekali,,, hahaha drebar jip die menakut kan. laju giler...

    ReplyDelete
  42. macam cantik je maxwell hill ni. nampak cam misteri pun ada gak. herher

    ReplyDelete
  43. TAG! http://splashingcolours.blogspot.com/2013/05/mega-giveaway-by-adam-faiz.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...