Friday 9 November 2012

Tak 'Couple', Tak Bercinta Tapi 'In Relationship'

Indahnya cinta kalau kita pandai memeliharanya...saban hari banyak post-post berkaitan cinta di FB, blog dan sebagainya...dari pandangan peribadi, page dan blog semuanya mempunyai pandangan masing-masing...tapi hampir semuanya agak berat sebelah, menolak secara total hubungan cinta jika belum kahwin...entry ni mungkin boleh bagi sedikit gambaran apa itu cinta dan Cinta...
"aku tak perlu cinta, semua ni wayang ja, dusta!"...satu soalan je, are you sure?...jangan tipu diri sendiri, semua orang rasa ingin berpasangan...cinta itu fitrah tapi mengapa perlu ditolak...cinta perlu dikawal bukan disekat...tapi kena ingat, kita tak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri, kita tak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah...kata hukama,"untuk bahagia, cintailah sesiapa yang menyintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai"...

Salahkah bercinta?...tak salah bercinta, kita yang buat benda tu jadi salah..."cinta yang dicari adalah baik, tapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik"...cinta itu mesti didasarkan cinta Allah...jika cinta itu buat kita semakin jauh daripadaNya, maka itu hanya cinta palsu...carilah cinta yang boleh buat kita lebih dekat kepadaNya...kalau kita tengok pasangan kita pun dah rasa serabut, itu tanda bukan jodoh yang baik...bercinta kerana Allah...camna?...niat untuk bernikah dan jauhilah larangan dalam hubungan dengan bukan muhrim...tapi kalau belah sana ja serius, belah sini tak serius maka beransurlah pergi...cinta untuk dikasihi, bukan untuk dikasihani...

Pastikan semasa hubungan cinta, takda hukum Allah yang dilanggar..."cinta apa kalau takda dating, call berjam-jam n surat cinta?"...tak perlu  semua tu...percayalah kita akan merasai kemanisan bercinta kalau takde semua tu...tak perlu kot nak bersembang pun tulis kat wall FB, tunjuk kat semua orang 'kemesraan' tu...message suda, tak payah la nak wall bagai...tak elok la orang lain tengok...

"Seseorang yang mengatur langkah dan mengawal kekasihnya sebenarnya mencintai diri sendiri"

Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan...keinginan berpasangan adalah fitrah...tapi dalam perhubungan mestilah ikut peraturan Allah...kenapa nak ada pasangan?...kalau niat betul iaitu untuk bernikah takda salahnya...tapi kalau juz nak suka-suka, nak menunjuk-nunjuk maka tak perlu la...'weih, aku ade awek. ko ade?"...tak perlu kot..."tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya"-maksud hadis-
Bagi pasangan yang terlalu 'bercouple', percayalah, makin hari cinta tu akan makin suram...tambah yang couple bertahun-tahun...bila kahwin rasa cinta tu macam dah biasa, dah kurang...jadi kawallah cinta sebaik mungkin...Islam tak menyekat secara total pergaulan antara lelaki dan perempuan...sebagai contoh pelajar, mesti ada 'study group' yang ada lelaki dan perempuan...dibolehkan tapi ada batasannya...pengasingan meja, elakkan dari sampai sembang benda yang takda kena-mengena ngan study...

Tak 'couple', tak bercinta tapi 'in relationship'...camna tu?...ok, jom kita fokus betul-betul perbincangan nih...jodoh dan rezeki kan sudah ditetapkan, tapi kita stilll kena usaha cari..."orang dulu-dulu tak payah cari pun, kawin jugak dengan pilihan keluarga"...eh, tu bukan usaha jugak ke?...mak ayah yang tolong carikan tu kan usaha namanya, kena faham tu...berbalik kepada tajuk entry nih, carilah seseorang yang dirasakan sesuai...kenal sikit-sikit, jumpa keluarga then kenal-kenal...selalulah solat istikharah moga Allah beri petunjuk...jika pasti dia pilihan yang terbaik, nyatakanlah hasrat kat dia yang suatu hari nanti akan menikahinya...semasa hubungan tak contact melainkan ada benda penting atau bagitau khabar...takde sembang romantik 'i luv u', 'i miss u' n segala makneka lagi...perhubungan tak dihebah-hebahkan, tak announce kat FB n sebagainya...takde dating, tengok wayang bagai...kalau nak jumpa pun di rumah family masing-masing...contohnya, kita bawak family pergi rumah family dia dan begitulah sebaliknya...yang penting saling mendoakan tanpa si dia tahu...sampai masa, masing -masing dah bersedia, keluarga restu then menikah...cinta lepas nikah akan sangat indah sebab semasa hubungan tak bercinta...seandainya masa hubungan salah sorang mintak putus atas sebab-sebab tertentu takdala nak bunuh diri segala sebab masa hubungan tak bercinta...itu lah namanya takda jodoh...

Kenapa nak ada hubungan?...kalau dah ada hubungan, kita tak perlu lagi untuk mencari...ini lebih elok kalau nak dibandingkan dengan kenal perempuan atau lelaki (bagi perempuan) sana-sini sebab belum berpunya...kalau ada hubungan masing-masing rasa ada tanggungjawab...kita akan lebih fokus apa yang kita buat sekarang...secara tak langsung boleh memotivasikan diri untuk memperbaiki diri sendiri dan masa depan...misalnya kalau sedang belajar boleh tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, kalau sedang bekerja boleh tumpukan pada kerja dan sediakan bekalan untuk masa hadapan...dalam pada itu, perbaiki nilai dalam diri, mantapkan ilmu agama dan sebagainya...

Sekian untuk entri kali ni, terima kasih...

"Ya Allah, jagalah dia untukku jika benar dia jodohku. Jauhilah kami dari fitnah dan hasad dengki. Jika dia bukan jodohku, temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik darinya"

Rujukan :
  1. Pahrol Mohd Juoi (2006). Tentang CINTA - Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannnya. TELAGA BIRU.
  2. Burhan Sodiq (2010). Ya Allah Aku Jatuh Cinta - Mengelola Cinta Tanpa Diselubungi Dosa. PTS IMTIYAZ.
  3. A. Ubaidillah Alias (2010). Kala Cinta & Wahyu Bersatu. PTS LITERA.

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...